OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Sunday, May 22, 2011

taufiq dan hidayah

Menurut kitab Jauharah Tauhid, taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan dengan kata lainnya kekuatan dalam diri kita untuk lakukan kebaikan. Allah s.w.t akan memberikan taufiq kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri kpd Allah s.w.t.
 (Rujuk Surah Al-Ankabut, ayat:69)

Hidayah pula iman dalam diri kita. hal ini bermakna semua manusia yang menganut agama Islam telah mendapat hidayah daripada Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh. 


Contoh: kita semua tahu solat fardu wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun. Tapi ada insan yang malas hendak tunaikan solat pada waktunya. kerana apa? kerana dia tiada kekuatan untuk berusaha melawan rasa malas itu.


kesimpulannya, Taufik dan Hidayah merupakan suatu perkara yang tak dapat dipisahkan..Tanpa hidayah, sudah pasti seseorang itu akan sesat jauh dari jalan kebenaran..Namun, tanpa taufik, sia-sialah hidayah yang dikurniakan.


Wallahu'alam. =)



diambil  daripada facebook, olehAini Syafinas Ban dan telah diubahsuai  

No comments: