as salam/ selamat sejahtera,
hi readers,
hari ni saya nak berkongsi ilmu yang saya tahu mengenai ilmu pengurusan kewangan.
sebagai seorang pelajar ataupun alumni sesebuah universiti, pasti apa yang terfikir seorang lepasan diploma/ ijazah ialah mengumpul harta untuk kekayaan pada masa hadapan. betul tak?
sebenarnya perkara ini menjadi perbincangan yang tak lapuk dek zaman, malah saya dan rakan- rakan seperjuangan turut membincangkan mengenai perkara ini.
apa sebenarnya itu asset?
asset itu merupakan sesuatu yang menambahkan nilai kekayaan dan nilainya mempunyai nilai tambah.
OK, realitinya, apa pandangan anda mengenai asset?
ada sesetengah orang telah menyenaraikan beberapa contoh item yang dikatakan sebagai asset, antaranya:
1. rumah
2. kenderaan
3. emas
4. bond
baiklah, di sini saya akan menerangkan setiap satu daripada senarai di atas
SENARAI 1: RUMAH
sebenarnya rumah bukanlah asset dari definisi tepat, tapi ia boleh menjadi asset. rumah untuk tujuan persendirian merupakan liability atau bebanan. ia bukan asset bagi tujuan peribadi. membeli sebuah rumah menjadikan anda terikat kepada mortgage atau gadaian, cukai pintu, insurance, baikpulih dan sebagainya.
apa yang dimaksudkan rumah sebagai asset ialah anda menjadikan rumah sebagai rumah sewaan. dalam definisi tepat, anda menggunakan rumah sebagai penambah nilai terhadap kekayaan anda.
SENARAI 2: KENDERAAN
dalam perbincangan saya bersama rakan- rakan bilik ialah, adakah kenderaan menjadi asset? jawapannya boleh jadi ya atau tidak.
seperti yang saya katakan dalam senarai 1, perkara tersebut juga berlaku kepada kenderaan. jika rumah mempunyai nilai tambah, iaitu harga rumah akan meningkat dari semasa ke semasa, namun, harga kenderaan akan semakin susut.
namun kenderaan hanya boleh menjadi asset apabila anda menggunakan ia sebagai penambah nilai kekayaan anda. contoh, sewa kenderaan, untuk tujuan transportation perniagaan anda & teksi.
SENARAI 3: EMAS
emas merupakan definisi asset yang tepat. jika anda ingin melabur kepada asset, anda perlu tahu bahawa emas merupakan asset yang paling banyak berkembang jika dibandingkan dengan asset yang lain. emas mempunyai nilai cairan (liquidity) yang paling mudah selain mata wang.
untuk pengetahuan semua, jika dahulu, harga emas 10 tahun lepas berbanding harga terkini menunjukkan peningkatan 2kali ganda iaitu peningkatan 100%. hal ini menunjukkan bahawa emas merupakan asset yang paling memberikan keuntungan kepada pemiliknya. namun, perlu diketahui, emas mudah dialihkan/ mobility yang bermaksud anda perlu berhati2 dalam penyimpanan emas. ada baiknya anda menyimpan emas di bank yang terdekat.
perlu diketahui juga, seorang muslim yang menyimpan emas perlu menzakatkannya setiap tahun jika tidak dipakai. jangan khuatir mengenai zakat ini. barangsiapa yang menzakatkan hartanya, keberkatan akan semakin berganda.
SENARAI 4: BOND
sebagai seorang pelajar, perkataan bond bukan perkara asing. bond mempunyai nilai muka/ par value iaitu, minimum bagi harga bond ialah RM1000. terdapat pelbagai jenis bond, setiap daripadanya akan memberikan kebaikan terhadap pemegang bond. terdapat 2 jenis peng'issue' bond iaitu kerajaan dan korporat.
kebiasaannya, korporat bond sangat tinggi risikonya dan bond kerajaan rendah risiko. kebiasaannya pembeli bond akan memilih jalan selamat, maka dia akan membeli bond rendah risiko. harga bond yang rendah risiko biasanya lebih mahal berbanding bond tinggi risiko, dan pulangan bond yang berisiko rendah lebih rendah berbanding bond berisiko tinggi.
apa yang dimaksudkan berisiko tinggi?
risiko yang tinggi bermaksud kebarangkalian anda tidak mendapat pulangan dan nilai muka anda semula adalah tinggi. sebelum anda membeli bond, adalah baik anda melihat liquidity ratio, debt ratio, dan sebagainya mengenai syarikat itu. hanya itu yang akan menjadi penjamin terhadap pelaburan anda.
saya rasa banyak lagi yang ingin dikongsi, namun, insyaAllah pada keluaran akan datang.
OH inilah penyokong saya... meh join skali!
Labels
#cerpencerpan
(1)
1patah2kata
(15)
ceritera cinta
(1)
economy
(6)
Financial Education
(4)
HADITH DAN SUNNAH
(3)
just sharing...
(8)
Karya A. Samad Said
(5)
kitab cinta
(1)
lawakgojez
(10)
liveyourlife
(1)
motivasi
(8)
MR+bookpreview
(12)
MR+product
(10)
MRcontest
(2)
MRcupid
(12)
muhasabah
(38)
MYstory
(66)
MYthought
(13)
sajak dari hati
(3)
sebabakibat
(1)
sirah buat pedoman
(4)
tegas beribadat
(3)
tips PEMUDA
(11)
wordless wednesday
(4)
Friday, February 3, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
- 21 Hadis Tentang Perkahwinan - Ilmu Rumah Tangga
- badan sihat, rambut lebat...
- Vaseline Petroleum Gel...
- antara MEN ARE FROM MARS WOMEN ARE FROM VENUS & WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS
- selamat hari susu sedunia semua....
- PREVIEW BUKU: SMILE by IRMA HASMIE & ZAMRI MOHAMAD
- #cerpencerpan: bidadari
- Lelaki Avoid, Perempuan Bising: Mengapa?
- Welcome back to Batu Pahat!!!
- facial foam terbaik!
2 comments:
ohsemm bro :)
btol2...sngt setuju
Post a Comment