hi readers,
hari ni aku akan share sesuatu mengenai bagaimana nak memilih novel yang tepat.
perkara 1. tafsiran novel
menurut Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. ,
"Novel adalah jenis karangan panjang yang menggambarkan tokoh-tokoh rekaan yang mengalami rangkaian peristiwa yang berkaitan satu sama lain di suatu tempat dan waktu. dalam bentuknya yang ringkas, cerpen menduduki fungsi yang sama, hanya saja tumpuan perhatiannya terpusat pada satu masalah dan konflik yang dengan cepat harus diselesaikan atau tidak terselesaikan.
Jenis-jenis novel yang berkembang di Eropah antara lain adalah Epistolari, gotik, dan historis. Novel epistolari berbentuk surat menyurat. Novel gotik biasanya mengambil latar kastil Abad Pertengahan lengkap dengan jalan rahasia, hantu-hantu yang berkeliaran, dan banyak hal ghaib. Novel historis di dasarkan peristiwa sejarah, oleh karenanya tidak sepenuhnya rekaan."
perkara 2. genre
novel merupakan bahan bacaan yang mempunya pelbagai latar cerita. keunikan sesebuah cerita bergantung kepada motif sesebuah cerita yang ingin disampaikan oleh penulis. terdapat pelbagai jenis jalan cerita atau genre novel. antaranya ialah romantik, cinta, remaja, triller, islamik, budaya, sejarah, iilmiah, motivasi dahn sebagainya. namun, dalam menyelami keunikan inilah yang akan menjadi persoalan kepada pembaca.
adakah ini novel yang tepat untuk saya?
perkara 3. kecenderungan
berbalik kepada persoalan, tidak semua pembaca bersifat universal. ya, saya turut mengakui saya lebih menyukai cerita triller, sesuai dengan fitrah yang sukakan cabaran. perlu diingatkan setiap pembaca adalah manusia yang mempunyai kecenderungan. biasanya perempuan merupakan pembaca yang universal. amat jarang seorang lelaki yang menyukai membaca kisah- kisah yang melirit- lirit atau kompleks seperti sinetron. perlu diingatkan bahawa 10% daripada lelaki mempunyai otak seperti wanita. bukan bermakna mereka gay. namun mereka mempunyai kecenderungan untuk berfikir atau bekerja seperti wanita. dan ini juga bermakna satu persepuluh lelaki juga adalah pembaca universal.
kebiasaannya seorang lelaki mencari cerita atau bahan bacaan yang bersifat teknikal. mereka akan mencari bahan bacaan yang mencabar, mungkin mempunyai elemen ganas. hal ini tidak bererti seorang lelaki tidak menyukai kisah2 romantis. cuma, mungkin elemen feminin yang terlalu banyak dalam novel cinta menjadikan mereka takut akan sindiran rakan- rakan.
perkara 4. penulis
penulis memainkan peranan yang teramat besar dalam sesuatu penulisan. penulis yang berpengalaman merupakan pilihan yang terbaik dalam dalam pemilihan novel. pelbagai nama besar seperti abdul rahim awang, rahim awan munsyid, HM Tuah, Aisya Sofea, Fatinilamsari, Taufiqurrahman Al Azizy san sebagainya merupakan antara himpunan penulis berpengalaman, juga pilihan utama saya.
penulis mempunyai pelbagai latar belakang. ada penulis yang mempunyai bakat penulisan yang universal, dan ada penulis yang sangat terkenal dalam sesebuah genre menerusi hasil penulisannya. sebagai contoh, abdul rahim awang dan rahim awang munsyid merupakan novelis yang sangat terkenal untuk genre triller, fatinilamsari terkenal dengan genre cinta dan remaja, aisya sofea dan fauziah ashari terkenal dengan genre romantis/ cinta, taufiqurrahman al azizy pula cenderung kepada dakwah, cinta dan islamik, manakala siapa yang tidak mengenali dr HM Tuah, merupakan pakar motivasi dan novelis serba boleh.
perkara 5. penerbitan
penerbitan juga memainkan peranan yang penting dalam membawa kejayaan seebuah novel, seterusnya menjulang nama novelis. barangkali ada pembaca yang telah melabel sesetengah syarikat penerbitan. hal ini bermakna, pembaca cenderung terhadap mana- mana syarikat penerbitan yang disukainya.
terdapat banyak syarikat penerbit di malaysia. sebagai contoh PTS, creative enterprise, intens, alaf 21, kaki novel dan sebagainya. syarikat penerbitan memainkan peranan yang penting dalam memenuhi kehendak pembaca sekaligus membawa kepuasan terhadap pembaca. hal ini bermakna dari muka buku hinggalah isi buku juga turut diambil kira.
tips- tips berguna:
1. pastikan sesebuah novel yang ingn dibeli memenuhi perkara 1 hingga 5.
2. perhatikan kulit buku novel tersebut. kulit buku memainkan peranan yang penting dalam pembawaan imaginasi pembaca. ia juga memberi mood kepada pembaca. kulit buku yang menarik.
3. baca pendahuluan, bab tengah bab terakhir serta sinopsis novel sebelum beli sesebuah novel. hal ini akan memberikan gambaran jelas mengenai novel yang bakal anda beli. anda mempunyai hak yang jelas untuk melihat produk yang ingin dibeli. jika anda tidak berpuas hati, anda juga berhak untuk tidak membeli/ membatalkan pembelian.
contoh:
"cik, boleh tak buka plastik ni? saya nak tengok- tengok novel ni..."
4. pastikan anda berkenan dengan penyusunan novel tersebut. termasuk font dan jarak tulisan novel. hal ini akan membantu anda dengan memberikan keselesaan semasa pembacaan.
5. dapatkan feedback dari jurujual, rakan- rakan serta pembaca- pembaca di internet. anda perlu mendapatkan maklumat yang jelas mengenai novel yang hendak dibeli. tak salah kalau anda bertanya kepada jurujual:
"err, cik... novel ni best tak???" tak pun " ada tak novel triller yang best- best??"6. pastikan harga novel tersebut bertepatan dengan budget anda. sebagai pembeli yang bijak, dapatkan potongan harga dari kedai buku.
7. rasai kualiti yang ditawarkan mengenai novel itu seperti kualiti kertas dan sebagainya.
OK. itu sahaja. harap berguna.
No comments:
Post a Comment