OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Friday, February 24, 2012

7 perkara pembaca cari dalam sebuah buku

as salam/ selamat sejahtera

hi readers,
hari ini aku akan menulis sebuah entri berkaitan apa yang dicari- cari oleh seorang pembaca dalam sesebuah buku. buku ada pelbagai dan kerana penuh dengan kepelbagaian itulah, seorang pembaca begitu cerewet ketika membeli buku.

pembaca ialah seorang manusia. ya, tiada makhluk lain seperti haiwan menjadi pembaca buku. manusia mempunyai nafsu, ragam, ketelitian, dan sebagainya. oleh hal yang demikian, apa sebenarnya yang dicari oleh pembaca. maaf, ini merupakan versi aku. jadi, teruskan membaca.

1. kulit buku
kulit buku memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan kejayaan sesebuah seni penulisan. ramai yang berkata, don't judge book by its cover, but, who cares... prinsip tu dah macam ketinggalan zaman. macam mana nak menyemai semangat membaca kalau kulit buku pun boring. betul tak? so, ramai dalam kalangan pembaca amatur yang memberi alasan bahawa kulit buku yang membosankan mematahkan semangat membaca mereka. logik bukan?

2. penulis
kelahiran bakat penulisan baru sekarang ni ibarat cendawan tumbuh selepas kena siram air. maaf. peribahasa dah bertukar gaya (keh3...) oleh itu, lahirlah istilah siapa popular, larislah buku dia. ya, aku pun dah terbiasa dengan istilah ini, maka Bahruddin Bekri dan Taufiqurrahman Al Azizy menjadi pilihan hati. penulis yang gah,  akan sentiasa menjadi bualan mulut pembaca.  "weih best la si B tu tulis. aku rasa ko patut beli buku dia..."  paling tak "man, ko kan terer bab2 baca ni kan? suggest kat aku penulis2 yang superb". kalau tak gah kena lebihkan advertisement


penulis memainkan peranan yang penting. dialah aset terpenting dalam penulisan. seorang penulis yang baik juga merupakan seorang penulis yang mampu menghasilkan karya yang konsisten, memiliki brand tersendiri, gaya tersendiri, dan penghasilan cerita yang pelbagai dan fresh. "that's why i choose you..." 


3. tema cerita
bercakap pasal novel, tema cerita memainkan peranan yang penting dalam menentukan sesebuah buku dipilih. seorang lelaki sangat berminat membaca buku thriller dan penyiasatan. lelaki kurang berminat dengan novel cinta. tapi boleh jadi seorang lelaki suka baca novel jiwang. jangan bersalah sangka, tapi mungkin dia jenis, muka ganas, dalam hati ada taman. mungkin dia sensitif dan berhati mulia. who knows? baik berbaik sangka, ye tak?

kadang- kadang, tema cerita novel ni lebih kurang sama je... bosan pulak aku dengan cerita yang kolot. nampak bodoh. sikit2 kena lepuk, kena buli... watak lemah la, pending tak tahu nak buat apa la... adoi... kadang- kadang tergelak aku bacaa novel yang gaya dia saling tak tumpah macam drama swasta. stereotype.

4.harga.
sebuah buku yang baik ialah buku itu mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat. ya, ciri- ciri ini penting bagi menggalakkan semua orang membaca. ada sekali kawan aku kata buku ni benda mewah. yela. dia baru berjinak- jinak nak menjadi ulat buku. barangkali, buku yang dia beli tu agak mahal, pakai voucher buku pulak tu. kalau tak, 10 kali la dia fikir pasal nak beli ke tak buku tu... hahaha...

memang pelik juga industri buku ni. kadang- kadang melampau pula marketing strategy dia. buku kulit tebal, 1001 warna, tapi malangnya, kadang- kadang tiada isi yang menarik. harga dia, masyaAllah sampai 40- 60 ringgit. padahal, isi dia macam buku harga 10- 20 ringgit je. pada aku, berpada- padalah dengan setiap yang kita buat. sederhana itu lebih baik.buku- buku yang murah pun cubalah naikkan kualiti buku tu. jangan boring sangat. nanti orang tak beli. melambak je kat kedai buku tu...

5. bonus untuk pembaca
seorang pembaca terasa dihargai apabila dia mendapat manfaat extra dari buku yang dibeli. bonus seperti penanda buku,poster dan sebagainya. sebagai pembaca tegar, aku suka sangat mengumpul penanda buku. #eh sentimental tul la aku ni... hahaha

6. isi penting
sebuah buku yang baik mampu memberikan kepuasan dalam setiap pembacaan dan apa yang penting, sebuah buku mampu memenuhi kehendak pembaca dan menterjemah maklumat yang dicari- cari oleh seorang pembaca.

7. ringkas dan kemas
sebuah buku yang baik menggunakan gaya bahasa yang ringkas. tulisan dan jarak tulisan juga perlu standard dan kemas. kelebihan buku yang menggunakan bahasa ringkas ialah, ia mampu dicerna dan mudah difahami oleh semua orang. perlu diketahui, tidak semua pembaca mempunyai kecerdikan mengolah yang tinggi. gaya bahasa yang mudah dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat.

3 comments:

ZWAN SABRI said...

Yup2.. betoi tuu.. aku setuju dengan semua ciri2 tu.. tapi yang paling penting bagi aku ialah kulit buku dia.. kadang2 cerita baguih tp disebabkan kulit buku x menarik, orang xmau beli.. lagi satu harga pown penting jugak.. klaw mahai sangat, siape je yg nak beli kan.. huhu

ZORA said...

sgt setuju....

Fendy said...

sipnosis paling penting menentukan sebuah buku....