hi readers,
untuk entri kali ni, sebenarnya aku nak tegur
barangkali ada yang mendengar hujah bercouple tu haram. "haram? but why???" sebenarnya, tidak salah bila hati berputik perasaan suka/ cinta terhadap sesama makhluk. tapi, ramai yang lupa, hukum pergaulan, ada batasan. agaknya, disebabkan kurang/ tiada rasa malu pada diri, orang lain, mahupun pada Tuhan, ramai dalam kalangan kita tidak kalut melakukan
"agak2 r der..."
bukan main lagi dia... mengalahkan belangkas. berkepit sana- sini, berpegang- pegang tangan, berpeluk- pelukan, bercumbu, dan lain- lain ( lu pk la sendiri...) ada pula sampai terlanjur dan membenarkan pasangan menyentuh bahagian- bahagian yang tidak sepatutnya...
malah lebih parah apabila masyarakat kita yang amat terkenal di mata dunia Islam, Barat dan sebagainya, jauh meninggalkan kelaziman Islamnya. ini segelintir. namun, dari segelintir, bertukar menjadi bencana apabila menjadi kebiasaan. namun, yakinlah, pintu taubat dan kemaafan masih terbuka jika berkehendak dan bersungguh- sungguh.
mungkin inilah yang dilupakan ramai orang... sesuatu silaturrahim/ hubungan yang baik, dapat memberikan ketenangan jiwa dan mampu mencegah kemungkaran. kerana itulah betapa indahnya cinta dalam perkahwinan.
barangkali ada yang tidak tahu/ lupa, perempuan yang baik untuk lelaki baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan baik. ini bukan karma, tapi itulah ketentuan dari Allah. rumahtangga yang aman dan bahagia datang dari pasangan yang bertakwa. mungkin kita tahu perkataan takwa... lancar menyebut, tapi tidak memahami makna.
Sedangkan makna Taqwa, seperti kata Imam An-Nawawi, adalah “Mentaati perintah dan laranganNya”. Sehingga maksudnya adalah menjaga diri dari pekerjaan atau hal-hal yang mengakibatkan seksa Allah Azza wa Jalla, baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya. Orang yang tidak menjaga diri nya dari perbuatan dosa, berarti dia bukan orang yang bertaqwa. Taqwa itu sendiri mencakup tiga tingkatan:
1. Menjaga hati dan anggota tubuh dari perbuatan dosa dan keharaman. Apabila seseorang melakukan hal ini hatinya akan tetap hidup.
2. Menjaga diri dari perkara-perkara yang makruh/dibenci. Apabila seseorang melakukan hal ini hatinya akan sehat dan kuat.
3. Menjaga diri dari berlebih-lebihan -dalam perkara mubah- dan segala urusan yang tidak penting. Apabila seseorang melakukan hal ini hatinya akan diliputi dengan kegembiraan dan sejuk dalam menjalani ketaatan.
rasanya, dalam jiwa, kalau xde rasa takwa, maknanya dah tercabut nikmat keimanan yang sering kita ucapkan di bibir... dan ingatlah pesan ini... syurga dan neraka diciptakan untuk orang yang benar- benar menginginkannya... so, pe lagi... pilihlah yang mana satu... syurga/neraka?
renung- renungkanlah...
p/s: bukan xnak couple... tapi takut tak mampu mangawal diri... JODOH, insya Allah akan tiba & mohon dipermudahkan...amin...
2 comments:
dear owner:
thanx sbb bagi entry post yang sangat berguna, lg2 di bulan ramadhan ni :)
semoga kita dijauhilah dengan perbuatan sumbang tuu.. HUHU
MySuaraBlog: Sila Duduk Rapat2, JANGAN Duduk Renggang2
Post a Comment