OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Wednesday, August 3, 2011

stress . depressed

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
there's nothing happened actually... sebenarnya entri kali ni gimik je.

stress . depressed

ya! itulah post aku kat facebook hari ni... sebenarnya banyak benda yang aku fikirkan kebelakangan ini. dan kadang2 stress dan depress tu datang daripada dalam diri dan kadang2 datang disebabkan orang lain...

ya! itulah lumrah kehidupan. tak mampu nak dijangka... banyak perkara yang mampu memberikan ketegangan dalam hidup. contoh paling terdekat, masalah kewangan. ya! masalah kewangan kini banyak memberikan tekanan kepada semua orang. duit gaji yang ada belum tentu menjamin cukup atau tidak kepada setiap orang. memang kalut bila dapat tahu bahawa pendapatan RM3000 dikira miskin terutamanya di bandar2 besar seperti kuala lumpur, shah alam malah lebih tragik, di manapun anda dicampak berada, duit dalam kocek anda takkan cukup.

cuba lihat... punyalah keciput makanan semakin mahal. kadang2 ada dalam kalangan kita berfikir dua/ tiga kali untuk membeli sesuatu. bayangkan laksa yang dahulunya berharga RM1.00, kini dah jadi RM2.00. air dalam bungkusan, dari rm1.00 dah jadi rm1.50. wow! pendek kata, semua barang naik harga... cubalah anda bayangkan inflasi yang semakin meruncing ini tidak dapat diatasi oleh pihak yang bertanggungjawab... maka musnahlah negara tercinta ni sebab masyarakat akan semakin kurang sihat kerana bebanan tekana perasaan dan kekurangan nutrisi.

lagi tragik bila semakin lama, masyarakat kita semakin miskin akhlak. memang teruk! no wonder la kalau sekarang ni gejala sosial semakin berleluasa seperti rasuah, pelacuran, moneyboy, jual anak, curi organ, dan lebih teruk industri meminta sedekah. semua ni sebab nak memenuhi keperluan hidup seharian. kita barangkali melihat negara maju seperti Amerika Syarikat turut menghadapi perkara yang jauh lebih teruk kerana rumah yang bersar tidak mempunyai makanan di dapur. ironinya, beza dengan Malaysia, ada dalam kalangan kita poket kering. yang lagi menarik, bank2 ni memang suka beri hutang, then suka istiharkan orang muflis.barangkali ada orang yang kaya- kaya tidak merasa betapa seksanya menjadi orang yang sederhana/ kekurangan... sebab semakin lama, terasa seperti kita telah tertindas di bumi kelahiran kita sendiri.


rasanya, inilah titik tolak bagi semua orang untuk turut memajukan diri, sekaligus memajukan negara. rasanya, perlu bagi setiap orang untuk turut berjuang untuk menjadi kaya. menjadi kaya bukan untuk bermewah- mewahan, tapi menjadi kaya supaya kita tidak tersangkut dengan bebanan hutang, takut- takut bila mati, xdapat masuk syurga sebab masih lagi berhutang. hutang dengan Allah barangkali boleh minta ampun, namun kalau hutang dosa dan harta dengan manusia, jawabnya kenalah tunggu di akhirat minta langsai. pergh! payah beb...

keutamaan menjadi kaya juga perlu, supaya kita turut mencontohi sahabat- sahabat rasulullah seperti Abdul Rahman  bin Auf. bersedekah dengan hati yang ikhlas dan tidak menunjuk akan mendekatkan diri kepada Allah serta dapat menyelamatkan diri kita di akhirat kelak. malah bersedekah juga mampu mengeratkan kasih sayang dan mewujudkan rasa syukur dan tenang dalam diri.

rakan- rakan, pe lagi.. jom jadi kaya! kaya amal, kaya harta, kaya akhlak, kaya pekerti...

p/s: tersentuh apabila tengok cerita TANAH KUBUR di Astro Oasis...

No comments: