OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Tuesday, August 23, 2011

PEVIEW BUKU: BERFIKIR GAYA TRUMP

as salam/ selamat sejahtera.

Hari ini aku nak share buku yang aku beli tempoh hari. alang-alang shopping raya, ada la sikit duit lebih. merayap punyalah merayap, aku singgah kedai buku POPULAR. Pusing punyalah pusing, tiba- tiba, mata terpukau dan hati terikat untuk membeli buku ni.

Pada pandangan pertama, buku ini nampak menarik. Menampilkan Donald Trump sebagai ikon utama, namun, buku ini bukan hanya tertumpu kepada Donald Trump. Apa yang jauh lebih menarik, isi kandungan yang memberikan inspirasi dan memberi penekanan terhadap pemikiran Donald Trump.

Sesuai dengan nama buku ini, gaya pemikiran Donald Trump memang hebat. Lahir dari keluarga usahawan, namun pemikiran beliau lebih jauh dari sekadar 'anak orang kaya'. beliau berjaya membuktikan kedegilan dan sikap optimistik beliau beserta prinsip dan disiplin diri mampu mengubah hidup beliau. Buku ini turut membawakan kisah- kisah perjalanan beliau sebagai usahawan yang barangkali tidak kita ketahui, beliau selalu juga tersungkur. Namun, beliau bangkit, berusaha dan tidak sekali- kali berputus asa.

Ilustrasi buku ini juga turut memikat hati aku. Potret Donald Trump dengan kemasan yang menarik sangat mengujakan. Tidak rugi memiliki buku ini memandangkan manfaatnya jauh lebih besar dari nilai RM23.00 sebelum diskaun.

Sekiranya ingin mencari di mana kelemahan buku ini, pada pendapat aku, terdapat kesilapan dalam tanda baca dan masalah tatabahasa dan gramatis dalam penulisan.

So, pada pengamatan aku, buku ini wajar dimiliki oleh semua golongan terutamanya generasi muda. InsyaAllah, buku ini dapat memberi manfaat dari segi perkongsian kisah hidup dan yang penting, buku ini memuatkan formula- formula kejayaan dan pemikiran tokoh besar dunia ini iaitu DONALD TRUMP.

p/s: buku ini hadir sebagai suatu rahmat dari Allah... alhamdulillah...

5 comments:

najwa said...

after discount??how much heheheh

Aerol Hafiezi said...

weiiiiiiiiiii ...beli kat mana?

Razman Kamarudin said...

najwa, biasanya dapat 10% diskaun... depend pada kedai la...
aerol, kat mana2 kedai buku ade kot...tp, kalo nak senang cari kat kedai buku popular

fndrocka said...

Usahawan melayu kena baca ni

fndrocka said...

Usahawan melayu kena baca ni