OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Thursday, August 11, 2011

tragedy over tragedy

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
Selepas solat subuh tadi, tersentap pula hati bila terfikirkan pelbagai perkara terjadi terhadap aku. Aku bukanlah mahu meluahkan seribu kekesalan... Ada baiknya anda turut berbaik sangka terhadap aku sepertimana aku berbaik sangka terhadap semua yang terjadi.

pertama,
Barangkali anda pernah membaca mengenai trilogi accident yang aku tulis beberapa bulan yang lepas. Sungguh tidak disangka- sangka perkara tersebut terjadi terhadap aku. Namun, apakan daya, semua ini ketentuan Tuhan. Saya tidak mampu mengelaknya. yang lebih memeritkan apabila rakan yang turut accident dengan saya yang cuma luka2 saja hanya menyepi dan tidak mahu membela bagi pihak aku. Aku bukanlah mengharapkan duit insurans yang tak seberapa tu. tapi apabila berlaku perkara sedemikian terjadi, apa tindakan anda sebagai rakan? Membantu/ anda cabut lari? dan yang lebih teruk, dia langsung tidak bertegur sapa dengan aku. ( identiti dirahsiakan... sapa2 yang tau senyap2 je r... hahaha)

FYI, aku masih merasa kesan daripada accident tu. tulang ni still de rasa sakit. Yang lebih teruk, tangan aku dah tak sekuat dulu. hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku...


diorang ni la yang banyak membantu & care kat aku... terima kasih banyak- banyak...

dari kiri: Pathon Pilus, Rohaime Raihan, Rafi Rafiu, & AP

yang macho ni en. Firdaus...
dan yang lain2... sorry kalau x mention...

kedua,
Kehilangan harta kesayangan.
Mungkin post yang ni nampak bodoh saja. Mana tidaknya, bila aku terpaksa mengaku yang aku kehilangan beg kesayangan yang isinya ada netbook kesayangan aku, hard disc, charger netbook, organizer, calculator, pensil box dll... ya! Bertuahnya dia dapat complete set.... Ironinya benda tu berlaku ketika aku sedang khusyuk solat. ya! Aku ulangi, beraku di surau ketika aku sedang solat asar di times square kuala lumpur. Jahat sungguh dia mencuri dalam surau ketika orang bersolat...

Aku tidaklah terlalu ralat semasa kehilangan semua tu, tapi yang ralatnya semua yang ada dalam hard disc tu adalah semua gambar kenangan yang aku takkan dapat dicari balik. (tiba2 sedih puak...sob2 (T~T) ) Moga2 org tu bertaubat la ye... Biarkan ia menjadi urusan dengan Allah. Harta tu hanya pinjaman. tapi, kenalah bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat.. betul tak?

Thanks kepada sahabat2 yang sudi menolong terutamanya fairuzaki yang banyak support aku ketika aku memerlukan... Mcm ni la sahabat sejati...

ni gambar lepas kejadian tu... kena cover cool walaupun hati hancur...
depan: fairuzaki, belakang: aku


tragedy over tragedy...  semoga aku dapat mengumpulkan dana semula kekuatan/ menjadi semakin kuat... :)

p/s: still mencari sisa2 kenangan yang ada... menerjah facebook dan sebagainya... huhuhu

2 comments:

rauel_gonzales90 said...

ciankat ang wei..takpa la..tabah hadapi ujian..

rauel_gonzales90 said...

cian kat ko wei..takpe la..ada hikmah tu..

Jom Lawat Che Mat.com