OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Tuesday, August 2, 2011

syukran ya Allah

as salam/ selamat sejahtera,
alhamdulillah, maha suci Allah, bertemu ramadhan akhirnya... pejam celik pejam celik, dah dua hari dah kte berpuasa dan dah masuk hari ketiga.

syukran ya Allah 

barangkali sesetengah orang ramadhan disambut baik. ada yang menyambutnya kerana teruja meriahnya ramadhan dengan pesta makanan. kadang2 time beli makanan kat bazar, berlebih- lebihan pula... sudah pasti belanja pada bulan ini berlebihan. nasihat saya, berhati- hatilah... takut hilang berkat ramadhan kali ini...

tak dapat disangkal, seharian berpuasa, memang penat... lepas berbuka, pasti badan terasa penat... penat jadi berganda apabila ramadhan juga diisi dengan aktiviti berniaga dan sebagainya. baru saja balik berniaga, berkejar- kejar pula menunaikan solat maghrib. tak lama kemudian, berkejar pula menunaikan solat isya' dan sunat tarawih... mungkin langkah longlai, tapi aku kuatkan hati dan berdoa supaya aku tidak sia- siakan ramadhan... harap2 saudara/ saudari sekalian tidak mensia- siakan ramadhan sebab mungkin inilah ramadhan terakhir untuk kita...

teringat pula pada arwah rakan yang meninggal pada syawal ke-4 tahun lepas... rasanya, masih terngirang2 di  kepala wajah beliau... begitu muda, Allah sudah menjemputnya... itulah antara iktibar bagi saya yang hidup tidak menjanjikan usia yang panjang... barangkali tak lama lagi aku pun turut dijemput Illahi... oleh itu,  aku berpesan2 pada diri supaya bersiap sedia untuk kematian...

p/s: memang rasa macam nak pengsan... tido la jawabnye... hihi...

No comments: