OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Friday, June 24, 2011

badan sihat, rambut lebat...

as salam/ selamat sejahtera,


hi readers,
how's your day today?


OK! untuk entri tips PEMUDA kali ini, aku nak share some products yang korang boleh gunakan untuk dapatkan rambut cantik dan menawan. bukan hanya perempuan saja ye yang perlukan rambut sihat dan cantik, tapi lelaki juga perlu sebab rambut dan kulit kepala yang sihat dapat memberikan impak terhadap kesihatan kita juga...


OK la... untuk mendapatkan rambut, kulit kepala dan sekaligus tubuh yang sihat, inilah beberapa tips dari aku...jeng3...


1> as usual, kandungan nutrisi yang mencukupi


makanan yang sihat dan ditambah dengan kandungan air yang mencukupi memang diperlukan oleh tubuh... namun, perkara ni belum tentu dapat menjamin ksihatan anda secara total kerana dengan keadaan prsekitaran yang tercemar, dengan tauge kt Eropah pun dh kena e-coli, asap berkepul2 kat udara, cuaca makin extreme dan sebagainya, belum tentu dapat menjamin kesihatan kita. so, pandai2 korang la nak sihat cmne ye... kih3 ok la, seperti kulit, rambut juga memerlukan lembapan tulen dari air. so, dapatkan air yang secukupnya mengikut keperluan hidup anda yang aktif.


2> makanan magic...


ha! ni bukan magic2 ala2 Cinderella atau harry potter... tapi inilah kenyataannya. tadi dah cerita pasal nutrisi, dan kali ni nak cerita pasal makanan magic...
kalau anda perasan, ramai dalam kalangan masyarakat yang berambut hitam pekat dan keaslian terserlah ialah dalam kalangan masyarakat asia... why? ha~ ni yang aku nak cerita ni...


magic 1: halba...


mungkin sebahagian daripada kita tak tahu pasal apa itu halba...
ha, ni aku ambil info dari www.zilhan.com


Halba digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%.


Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India.


Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek atau HERBANA.


KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul


2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia


3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran


4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu


5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.


Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.


tapi, yang lebih penting, halba ini sering digunakan oleh masyarakat belah india, pakistan dan sebagainya untuk menambahkan kecantikan rambut diorang... hebat betul diorang ni... expert pasal kesihatan... kita? akar kayu je la ye...kih3
 kalo korang nk benda ni, carilah kat pasaran ye... pasar pun de jual...


magic 2: minyak kelapa


minyak kelapa memang terkenal dengan 1001 khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan kita...wa~ ayat skema la man..syabas!!! hahaha... anyway, memang aku akui, memang minyak kelapa sangat sesuai untuk kesihatan sejagat... xkisah la untuk kelapa dara ke, kelapa janda ke, semua sangat sihat untuk badan kita.  FYI, dulu aku de la masalah allergy tahap gatal beruk kat kulit aku... pantang kne habuk, mau dia garu kat dinding 1 badan... hahaha... then aku de la cuba minum minyak kelapa dara, so, memang mujarab dapat la aku ubati masalah allergy kulit aku tu...
so, berbalik kepada subtopik kita, minyak kelapa ni memang sesuai untuk korang gne buat kasi lebat sama itu rambut.. so, korang cantik, aku tak rugi kan..so, cubalah...


magic 3>biji labu
ha! yang ni aku x sure kalau korang perasan biji labu sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita... so, aku dah tau pasal biji labu ni dah beberapa tahun yang lepas... orang yang tak tau pasal biji labu ni biasanya hanya tau makan labu je... tu yang kte tgk mak2 kte main buang je biji2 labu tu... nth2 de gak yang tak tau makan labu.... aiya~ rugi ma... sedangkan labu juga salah satu makanan kegemaran rasulullah S.A.W... tu info daripada buku mana nth aku baca... tp, aku sangat sure yang labu ni sangat berkhasiat untuk badan kita... dan khasiat yang terbaik adalah daripada biji labu... so, lepas ni ramai la orang menyerbu supermarket p cari snek biji labu... big apple pun gne biji labu dalam donut dia yg de kuaci tu... pe nth nama dia... de jungle2 cmtu... hehehe.. yang tu favorite aku... so, korang makan la labu dengan biji2nye ye... biji labu ni dapat mencegah & merawat kanser terutamanya kepada lelaki yang terdedah kpd kanser #tutt... so, kalo badan sihat, rambut pun sihat ma.... 


dan banyak lagi rahsia alam... korang discover la ye... x pun p bli majalah rapi... bagus bangat...


3> HERBAL ESSENCES SMOOTH LOVIN
ha! yang ni korang patut ikut cakap aku coz aku telah melalui penjumpaan paling hebat dalam pencarian produk shampoo & conditioner terbaik!!! huahaha


OK la... aku nak promote kat korang HERBAL ESSENCES SMOOTH LOVIN'...
ha~ pada aku, ni la produk terbaik kalo korang nak rambut cantik... kalo kat US, produk ni dipanggil touchablu smooth... so, memang produk ni different daripada produk lain sebab kalo pakai shampoo pun dah macam pakai fully set, rambut memang berseri dan nampak sihat... so, memang tak rugi coz hasil yang kita dapat dari shampoo ni memang berbaloi... so, lepas ni, aku x payah gne shampoo lain la ( kalo kt rumah ni, kne r pakai shampoo sponser... hahaha dove pun dove la..asal rambut bersih) surely, kalo korang bagi rang 1-10, aku bagi FULL MARKS! hebat x?


4> kepala berkelemumur? gunalah SELSUN BLUE!
hmm, FYI, aku dah gne produk ni sejak awal tahun ni... aku selalu je de masalah kelemumur... dah macam2 produk aku gnetp x berkesan... sampailah aku akhirnya nekad gne selsun blue ni... OK la... selsun blue ni memang sangat mujarab penggunaannya... tapi korang boleh pakai 2 kali seminggu je coz kandungan bahan kimia yang berlebihan membawa padah... hahaha... so, lepas pakai produk ni, pastikan korang basuh dengan bersih2 dengan air & pastikan korang pakai shampoo lain selepas penggunaan shampoo ni coz shampoo ni mengeringkan rambut... so, untuk rambut kembali lembut, pakailah shampoo lain selepas ber'SELSUN BLUE' ni... so, hanya shampoo ini yang dapat menjamin rambut anda BEBAS KELEMUMUR!!!


5> rahsia big mamma
kalau korang baca entri aku yg lepas, korang pasti akan sedar yang aku de tulis pasal entri ni, so, click sini untuk lebih info... cuma aku rasa, korang patut cuba coz aku dah dpt hasilnya... rambut rasa lebih sihat... tp, kalo korang xdpt hasil yang sama ++ aku ni berambut pendek, then xde r sampai dapat rambut goku... mungkin aku dpt minimizekan kebarangkalian rambut bertepek...kehkehkeh... mungkin korang patut cuba sebulan sekali... tapi seriously, better korg pakai conditioner je kalo nak senang...


6> rahsia softner
ha... sekali lagi aku datang dengan idea yang x masuk akal tapi idea ni dah pernah keluar kat majalah rapi... ada yang kata kte blh gne softner pada rambut sebab kandungan dalam softner tu sama dengan kandungan dalam conditioner... kalo fikir2kan, ada gak benarnya... hmm, t nak cubalah... 


so, kalau nak nasihat lain, pada aku, korang patut mencuci rambut dengan kerap ditambah dengan conditioner, serum ke apa ke & pastikan rambut anda tersisir kemas &gunting setiap 3 minggu... barulah cun! so, selamat mencuba!!!


p/s: panjang gle entri kali ni... harap bermanfaat ya! agak2, dapat x commission promote brgan diaorang? hahaha...

2 comments:

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, banyak jugak ek kegunaan Halba.. ;)

Unknown said...

hazwan, sorry aku de edit pasal subtopik halba... just hadith tu xde perawi, so, aku kne drop point hadith tu... sorry la, aku xsangka aku dah post artikel ni.. supposedly blm lagi... hmm, hopefully, post ni berguna kpd ko dll... thanks sbb membaca & comment :)