OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Wednesday, August 10, 2011

Koran by Heart

as salam/ selamat sejahtera,

kehadapan sahabat pembaca,
Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa dari rahmat Tuhan dengan membaca artikel ini...

Sedetik terlebih,
Namun ini bukanlah lirik lagu, ini merupakan detik - detik pertemuan dengan rahmat Tuhan. Terasa sekali lagi berpeluang menyentuh titik- titik halus dalam hati iaitu taufik dan hidayah.

Koran by Heart,
sebuah dokumentari dari produksi Passion Pictures & Motto Pictures dengan kerjasama Artifact Studios dan difilemkan oleh Greg Barker merupakan sebuah dokumentasi yang menceritakan mengenai sebuah kembara mendekati para hafiz/hafizah cilik yang menghafal alQuran dalam satu pertandingan yang dikenali sebagai The International Holy Koran Competition yang diadakan di Mesir. Para peserta merupakan para remaja yang berusia antara 7- awal 20-an.

Setelah menonton video- video tersebut, hati tersentuh, malah bertambah pula keyakinan dan rasa kagum pada Allah. Video ini bukan sahaja disunting dengan halus, malah message yang disampaikan begitu mengasyikkan. Mungkin inilah tanda kekuasaan Allah.

Tanpa bercerita panjang, saya rasa saudara/ saudari mungkin lebih tertarik untuk melihat sendiri video dari laman sesawang Youtube... Semoga bertemu kembara rohaniah yang mengujakan...

Semoga saudara/saudari turut mengambil pengajaran dari video ini. Mungkin kalau ingin disampaikan segala buah fikiran, terlalu banyak, sehinggakan takut- takut para pembaca berasa bosan pula. Saya harap pembaca- pembaca turut berkongsi buah fikiran menerusi komen.

p/s: recite Koran by heart... insyaAllah...











1 comment:

ZWAN SABRI said...

subhanallah... speechless bila tonton video nii..

MySuaraBlog: Friend Page di Facebook