OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Saturday, July 23, 2011

5 perkara anda perlu buat untuk jadikan hari anda & orang lain lebih bermakna

as salam' selamat sejahtera,

hi readers,
 semput pulak aku letak angka 5 kat depan tajuk aku tu... mula2 nak letak 10, arghh!! kte bantai je la ye? hihihi

OK,
5 perkara anda perlu buat untuk jadikan hari anda & orang lain lebih bermakna...

pertama,
untuk jadikan hari rakan anda, keluarga anda dan sapa2lah dalam hidup anda, kucing pun jadilah... pe kata kita bagi salam & bertanyakan khabar? apa la salahnya kalo pagi2 buta korang bukak FB tu, korang tgk dekat chat box korang tu de r kawan2 korang... kalo yang dah ramai sangat tu, korg buatlah statement yg sama... cuba cmni:

hai!
as salam.
ko buat apa tu? lama x chat dgn ko (padahal baru je 5 jam ko x chat dgn dia).. 

aku sure la, mesti dia balas. kalo x balas, surely dia dosa coz xbalas salam korang... hahaha... sebenarnya, pe la salah kalo berchat ni dapat mengeratkan silaturrahim. ni x, chatbox tu la dia dok ngumpat kwn2... aku sure punya kalo kwn2 yg xrapat, mesti jadi rapat punya...

kedua,
beritahu semua orang yang dia nampak segak & cantik. ye, petua ni pun aku dapat daripada rancangan kimora. hasilnya, semua orang terasa hebat dan dihargai. then, ko suruh lak dia ckp kt org yg dia jumpa hari tu... mesti "baik punya!"

ketiga,
belanja kawan korang kuih/ kopi. ha, yang ni aku pernah buat. dan hasilnya, kawan aku still igt pasal benda tu... bagilah kuih yg unik & korang rasa sedap... kalo korang xmo belanja kopi ke apa, korang tolong r dia belikan ke, buatkan ke... mesti persahabatan/ hubungan korang lebih baik. yg penting, t ko mst kawan ko kata: " eh, baiknya engko ni.. thanks :) ..."

keempat,
berkongsi kata2 semangat/ kata2 hikmah/kisah/cerita. aku pasti setiap orang ingin memulakan harinya dengan kegembiraan dan menginginkan kepuasan dalam kepenatan seharian menghadap pelbagai cabaran. wah~ panjang gle ayat aku tu... semput korang membacanya, kan? hahaha... betul! perkara ni dapat membantu rakan anda yang barangkali tgh period ke ape ke, down ke, cm xde mood ke... korang share something yang korang pasti (bukan rasa ye...t syok sendiri pula) dapat memotivasikan rakan anda... cuba korang cakap cmni kat dia:

kalo ko nak tahu, tadi aku de baca buku... dia cakap: (korang sambung sendiri la...hehe)... 

aku pernah mencuba teknik ni dengan mak aku, ternyata, dapat juga membuka minda kami untuk memikirkan perkara tersebut & ternyata mampu menjadi topik perbualan... korang cubalah!

kelima,
beri senyuman paling istimewa dan ikhlas kepada sesiapa. of course la senyuman itu sedekah. xkisah la kalo org ckp: "eh ko ni buang tebiat ke senyum2 kambing kt aku ni..." tapi yang penting senyuman tu la yang dapat memberikan message yg korang ni peramah, penyayang dan menghargai semua orang... tu je

yang pasti, banyak perkara yang korang boleh buat untuk menjadikan hari korang & semua orang lebih bermakna. jadilah seorang yang kreatif dan santun. ini ialah satu message untuk jadikan dunia lebih bermakna...

p/s: rasanya makin panas la dunia ni... agaknya dah nak ramadhan kot... sbb tu r otak aku ni sewel sikit kebelakangan ni... hihihi

4 comments:

ZWAN SABRI said...

Tapi kadang2, bila kita slalu sangat nak jadikan hari orang lain bermakna, diri kita sendiri yang merana.. HUHU

MySuaraBlog: Dulu Lelaki Tapi Kini Wanita?

Unknown said...

hahaha... xpe.. anggap itu sebagai satu sedekah dari hati yang ikhlas... best gak bersifat pemurah ni... hidup lebih berkat :)

Izzati Liyana Sabri said...

haha. bagi saya, takde maknenye semua ni. buat semak je.

Unknown said...

1 day you will understand why you should do this... life is about sharing.. why don't we share what we have? at least give them happiness?