hi readers,
how's your day?
hmm, hari ni aku xberapa sihat la... demam teruk juga...
ok la, ni cuma nak update pasal aktiviti aku yang x seberapa hari ni... demam tahap nak pecah kepala, still boleh p jalan2 dengan abah naik motor p pasar parit raja... aku pun sebenarnya ada niat lain.. mau beli keperluan harian katanya...
so, aku ni dalam keadaan longlai mengalahkan lalang gagahkanlah ikut abah ni p pasar... b4 that, aku menggapai redbull less sugar... kalo abah aku tau aku demam still minum redbull, habislah aku kena syarah sampai malam... hahaha... nak buat cmne? ni je yang kau boleh buat untuk menambah kegagahan & kecergasan... so, lepas minum tu, lega la sikit...
sampai2 kat pasar pagi tu, abah ajak makan sarapan... habis punah harapan aku nak turunkan berat badan ble kena gak makan roti canai+ horlicks ice... hahaha...
then, seperti dirancang, aku terus pergi guardian... then pergi kedai buku...
so, ni lah pe yang aku p dok beli kat situ:
hmm, produk ni agak feminin, tapi aku tak kisah la guna semua produk ni sebab memang terbukti bagus... pada aku, kita xboleh paksa tubuh kita menggunakan produk yang xsesuai untuk tubuh badan kita... dan yang lebih penting, xperlulah nak tagkan produk2 ni mengikut jantina... wakaka... boleh ke cmtu? so, aku pun dah melalui pencarian yang agak lama sejak remaja lagi ( chewah...) memang xleh belah statement aku ni... hahaha...
banyak juga produk aku cuba macam- macam produk lelaki... tapi hasilnya, kulit aku merekah beb... bukan sikit punya sakit... sebabnya, semua produk ni xsesuai untuk kulit sensitif... lagipun, banyak produk lelaki, seperti deodorant mendatangkan bau yang kurang menyenangkan apabila digunakan & mengeringkan kulit...
so, yang bez pasal produk ni, aku ialah ia dapat memberikan lembapan dan rasa yang selesa pada kulit... even dia jenis aerosol, benda ni x mengeringkan dan merbahaya untuk kulit... lagipun, memang benar, deodorant ni dapat memberikan kesegaran lebih 24 jam... badan aku still fresh sampai malam...so, kalo sapa2 yang malas mandi, benda ni mampu cover line untuk korang... wakaka... then, kalo korang nak cover bau dia yang agak lembut tu, pakailah minyak wangi korang... untuk bawah lengan yang lebih terjaga, gunakanlah produk ni...
ha! ni produk baru yang aku nak cuba... salah satu daripada produk HADA LABO... nampak bez je... sebelum ni aku just pakai AHA/BHA & super hyaluronic asid... pe salahnya kte mencuba yang lain.. yang ni namanya ARBUTIN whitening face wash... so, yang ni dapat memberikan lembapan dan kecerahan berganda... tu katanya.. so cubalah... harap2 xrugilah RM26.00 yang aku laburkan... asal ko boleh bertahan 2 bulan... korang patut cuba produk ni sebab aku jamin korang mesti suka... tapi kalo nak tuntut pape ganti rugi, korang xleh mintak aku la... ni aku cadangkan je... hahaha...
ha~ ni yang aku dok cari lama2 kat kedai buku tadi... mula2 nak la juga cari buku nukilan hasrizal abdul jamil... tapi bila dok selak2, rasa macam kurang berminat pula... mungkin seba nipis sangat kot buku dia kali ni... bukan xbest, tapi sebab aku xde mood nak bli buku tu... then, dalam keadaan pening bagai + berpeluh sakan sebab panas & demam nak rebah... so, lepas tu, akhirnya aku jumpa juga buku ni... ni kitab tafsir ayat2 quran dalam ayat ahkam iaitu huraian hukum- hakam dalam alQuran... so, dapat jugalah aku mendalami Islam sebaik2nya... selangkah berhijrah.. insyaAllah bertemu rahmat Allah...
buku ni memang bez, bukan setakat cm je... so, sambil menyelam minum air... dapat bertadabbur alQuran... dapat lebih pemahaman serta ada dijelaskan pengetahuan penulis itu sendiri... ada subtopik pasal wajib ke mengqada'kan puasa sunat dan sebagainya... inilah antara buku yang patut korang simpan kat rumah...
ini sinopsis pasal buku ni:
"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Al-Israa: 9)
Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhui setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi.
Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami.
Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam."
buku ini boleh didapati di kedai2 buku berhampiran dengan harga RM42.00 ( tanpa diskaun)... kalo diskaun, dah jadi lain pula, kan? hehe...
itu je la aku nak share dengan korang...
2 comments:
kau shopping kat ner der?
parit raja je... hahaha
Post a Comment