as salam/ selamat sejahtera,
hi readers,
hari ni aku nak share dengan korang mengenai kaitan tindakan kita mengenai sesuatu situasi dengan jenis pemikiran kita. hal ini dapat menentukan sama ada fikiran kita bersifat maskulin atau feminin. so, ambil kertas & pensil, mula menjawab soalan di bawah & kira markah anda... selamat mencuba!!!
jawab soalan berikut berdasarkan kenyataan yang banyak berkaitan dengan anda:
1. apabila perlu membaca peta ataupun mencari arah jalan, anda:
a. berasa sukar dan selalu meminta pertolongan.
b. memusingkan peta supaya menghadap arah yang anda mahu pergi.
c. tidak menghadapi sebarang kesukaran membaca peta ataupun mencari arah jalan.
2. anda sedang memasak resepi yhang sukar dengan radio yang terpasang. kemudian telefon berdering dan anda menjawabnya. adakah anda:
a. membiarkan saja radio terpasang dan memasak sambil bercakap di telefon.
b. menutup radio. kemudian berbual sambil memasak.
c. memberitahu rakan anda supaya telefon kemudian selepas anda habis memasak.
3. rakan- rakan anda mahu menziarahi anda dan bertanyakan arah ke rumah anda. adakah anda:
a. melukiskan peta dengan arah yang jelas dan menghantar kepadanya. mungkin juga anda meminta seseorang untuk menjelaskan arah kepadanya.
b. tanya mereka mercu tanda yang mereka tahu dan terangkan kepada mereka berdasarkan (bermula) dengan mercu tanda itu.
c. terangkan sendiri kepada mereka bagaimana hendak ke rumah anda. contoh: masuk exit tol ayer hitam, kemudian belok ke kiri. terus hingga anda jumpa UTHM. kemudian teruskan perjalanan sehingga jumpa tanda U-TURN. U-TURN & terus hingga nampak mcD....
4. apabila anda hendak menerangkan konsep atau idea, anda selalunya:
a. menggunakan pensel, kertas dan pergerakan badan.
b. menerangkan secara lisan menggunakan bahasa badan dan pergerakan.
c. menerangkan secara lisan secara ringkas dan terang.4
5. sekembalinya anda dari menonton filem yang hebat, biasanya anda akan:
a. menggambarkan babak daripada filem itu dalam minda anda.
b. bercerita perihal filem itu dan dialognya.
c. menyebut semulakebanyakan dialog dalam filem tersebut.
6. di dalam panggung, anda lebih gemar duduk di posisi:
a. di sebelah kanan.
b. tidak kira di mana saja.
c. di sebelah kiri.
7.rakan anda mempunyai barangan teknikal yang tidak berfungsi lagi. anda:
a. bersimpati dan berbincang mengenainya.
b. mengesyorkan kepada rakan anda orang yang mampu membaiki barangan tersebut.
c. menggondambarangan tersebut dan cuba membaiki barangan tersebut.
8. anda berada di suatu kawasan di mana anda kurang arif mengenai selok- belok kawasan tersebut. tiba- tiba ada orang bertanyakan arah. anda:
a.berterus- terang yang anda tidak tahu.
b. mengagak setelah berfikir seketika.
c. menunjukkan arah tanpa ragu.
9. anda nampak tempat parkir tapi agak sempit.anda perlu mengundur beberapa kali untuk mendapatkan parkir tersebut.anda:
a. cuba mencari parkir yang lain.
b. berhati- hati memarkir kenderaan anda di situ.
c. memarkir kenderaan anda tanpa sebarang masalah.
10. anda sedang menonton television. tiba- tiba telefon berdering. anda:
a. menjawab telefon tanpa menutup television.
b. memperlahankan bunyi television dan menjawab panggilan telefon tersebut.
c.tutup television, suruh semua orang senyap dan menjawab panggilan.
11. anda baru sahaja mendengar lagu baharu dari artis kegemaran anda anda selalunya:
a. dapat menyanyikan sebahagian kecil lagu tersebut tanpa masalah.
b. dapat menyanyikan sebahagian kecil lagu tersebut sekiranya lagu itu mudah.
c. sukar mengingati melodinya tetapi mungkin dapat mengingati lirik lagu tersebut.
12. cara terbaik untuk mengagak keputusan ialah dengan:
a. menggunakan gerak hati.
b.berdasarkan informasi yang ada dan keeguhan hati.
c.menggunakan fakta, statistik dan data.
13. anda tersalah meletakkan kunci. anda:
a. melakukan perkara lain dahulu sehinggalah anda teringat kembali di mana anda meletakkan kunci tersebut.
b. melakukan perkara lain tetapi cuba mengingati di mana anda meletakkan kunci tersebut.
c. cuba mengingati di mana anda meletakkan kunci tersebut dengan menyusuri perkara- perkara yang anda telah buat sebelum ini.
14. anda sedang berada di dalam bilik hotel dan terdengar bunyi siren dari jauh. anda:
a tidak dapat mengenalpasti dari mana arah bunyi itu datang.
b. mungkin dapat mengagak dari mana datangnya bunyi itu jika memberi tumpuan.
c. dapat mengenalpasti dari mana datannya buyi tersebut tanpa ragu.
15. anda menghadiri satu majlis sosial dan diperkenalkan kepada tujuh ke lapan orang tetamu. keesokan harinya anda:
a. dengan mudah dapat menggambarkan semula wajah2 tersebut.
b. dapat mengenalpasti beberapa wajah.
c. mungkin lebih mudah mengingati nama mereka.
16.anda mah pergi bercuti d pinggir desa tetapi pasangan anda mahu bercuti di tepi pantai. bagi meyakinkan idea anda lebih baik, anda:
a. lemah lembut memujuk dengan mengatakan anda suka akan suasana desa. anak- anak dan keluarga pasti merasa seronok di situ.
b. memberitahu mereka yang kita berasa bertuah dapat bercuti di desa dan berasa gembira apabila dapat ke pantai pula pada masa yang lain.
c. gunakan fakta dengan menyatakan bercuti di desa lebih dekat, lebih murah dan lebih teratur aktiviti sukan dan rekreasi.
17. ketika merancang aktiviti harian, anda selalunya:
a. menyediakan senarai supaya dapat menyemak apa yang perlu dilakukan.
b. memikirkan perkara yang perlu dilakukan.
c. menggambarkan dalam minda orang yang anda temui, tempat yang anda lawati dan perkara yang anda lakukan.
18. rakan anda menghadapi masalah peribadi dan datang bertemu bagi membincangkannya. anda:
a. bereasa simpati dan memahami.
b. berkata yang masalah selalunya tidak seteruk disangka dan menerangkan kepadanya alasan anda.
c. memberikan cadangan ataupun kata nasihat yang rasional dalam penyelesaian masalah.
19. dua orang rakan anda yang sudah berkahwin menjalinkn hubungan sulit. mungkinkah anda dapat mengagak?
a. anda dapat menghidunya dari awal.
b. anda dapat mengetahui selepas sedikit masa.
c. anda tidak tahu.
20. anda melihat dunia anda:
a. mempunyai kawan dan hidup dengan harmoni bersama orang sekeliling.
b. berbuat baik dengan yang lain dan mengekalkan sikap berdikari.
c. mencapai matlamat berbaloi, dihormati orang lain dan mendapatkan penghormatan dan pencapaian.
21. apabila diberi pilihan, anda memilih bekerja:
a. memilih kumpulan yang mampu berkerja bersama anda.
b. bersama dengan yang lain, tetapi masih mewujudkan ruang untuk diri sendiri.
c. bersendirian.
22. buku pilihan anda:
a. novel dan fiksyen.
b. majalah dan akhbar.
c. bukan fiksyen dan autobiografi.
23.apabila membeli- belah, anda:
a. selalu membeli secara impulsif terutamanya apabila mendapat tawatan harga istimewa.
b. mempunyai perancangan yang tidak khusus dan membeli mengikut keadaan.
c. melihat label dan membandingkan harga.
24. anda lebih gemar tidur, bangun dan makan:
a. pada bila- bila masa yang anda suka.
b. mengikut masa yang khusus tetapi flexible.
c. hampir pada masa yang sama pada setiap hari.
25.anda menulakan kerja baru dan berjumpa dengan ramai pekerja baru. salah seorang daripada rakan sekerja anda menelefon rumah anda. anda:
a. dengan mudah mengenali suaranya.
b. mengenali selepas seketika.
c. menghadapi kesukaran mengenalpasti suaranya.
26. apa yang benar- benar menyebabkan anda berasa kecewa apabila bergaduh dengan seseorang?
a. siakp berdiam diri dan tidak bertindak balas.
b. apabila mereka tidak dapat menerima pandangan anda.
c. komen dan soalan mereka yang bagaikan mencabar, curiga atau mempersoalkan kredibiliti anda.
27. apakah pandangan anda mengenai ujian mengeja dan mengarang yang pernah anda lalui?
a. anda mendapati keseuanya mudah.
b. secara amnya anda berasa OK bila ada sedikit kesalahan.
c. kedua- duanya terasa susah.
28. apabila menari dan mendengar musik jazz, anda:
a. dapat merasai musiknya selepas belajar beberapa langkah.
b. dapat mempraktikkan sebahagian latihan tetapi masih berasa keliru.
c. menghadapi masalah mengikut rentak dan langkah.
29. sebaik manakah anda dapat mengenalpasti bunyi dan meniru suara binatang?
a. tidak baik.
b. OK.
c. baik.
30. pada penghujung hari, anda lebih gemar:
a. berbual dengan rakan- rakan mengenai hari yang anda telah lalui.
b. mendengar cerita dari rakan anda.
c. membaca akhbar, menonton television dan diam.
bagaimana anda mengira markah anda?
1. kira berapa jumlah jawapan a/b/c anda.
2. kemudian darabkan jumlah jawapan tersebut mengikut kategori anda seperti berikut:
LELAKI:
bilangan jawapan a X 10 markah
bilangan jawapan b X 5 markah
bilangan jawapan c X -5 markah
PEREMPUAN
bilangan jawapan a X 15 markah
bilangan jawapan B X 5 markah
bilangan jawapan a X -5 markah
3. jumlahkan markah yang anda perolehi.
ANALISA MARKAH
kebanyakan lelaki memperolehi markah antara 0- 180
kebanyakan wanita memperolehi markah antara 150- 300.
mereka yang cenderung berfikiran maskulin selalunya mendapat markah kurang daripada 150.
lebih hampir kepada 0, lebih maskulin fikiran dan lebih inggi tahap testosteron mereka. mereka menunjukkan kemahiran logikal, analitikal dan verbal yang tinggi serta lebih berdisiplin dan teratur. Lebih hampir mereka kepada 0, lebih cekap mereka menganggar kos dan merancang keputusan daripada datar statistik.
Mereka juga langsung tidak dipengaruhi emosi. Mereka yang berada dalam lingkungan 0 menunjukkan markah maskulin yang tinggi. Markah ini menunjukkan tahap testosteron wujud dengan banyak sejak perkembangan janin lagi. Lebih rendah markah yang dicapai wanita, lebih besar kemungkinan bagi dia menjurus ke arah kelakian.
Otak yang lebih feminin mendapat markah melebihi 180. Lebih tinggi markah yang dicapai, lebih feminin otak orang itu. Mereka yang memiliki otak feminin membuat keputusan berdasarkan gerak hati, rasa, dan lebih cekap mengenal masalah melalui data yang terhad. Mereka juga menyelesaikan masalah dengan kreativiti dan pemahaman yang mendalam. Bagi lelaki, lebih tinggi markahnya daripada 180, lebih besar kemungkinan dia menjurus ke arah kewanitaan.
Lelaki yang mendapat markah kurang daripada 0 dan wanita yang mendapat markah lebih daripada 300, memiliki otak yang begitu bertentangan sifatnya.
Markah antara 150 dan 180 menunjukkan pemikiran yang dapat disesuaikan antara kedua-dua jantina. Mereka ini mampu masuk ke dalam mana-mana kumpulan kerja. Mereka ini tidak cenderung kepada cara tertentu dan selalunya fleksible dalam pemikiran. Oleh sebab itu, kumpulan ini dapat memberi kelebihan kepada kumpulannya apabila ditugaskan dalam menyelesaikan sebarang masalah. Mereka senang berkawan dengan lelaki mahupun perempuan.
soalan dan analisa dirujuk dari:
OH inilah penyokong saya... meh join skali!
Labels
#cerpencerpan
(1)
1patah2kata
(15)
ceritera cinta
(1)
economy
(6)
Financial Education
(4)
HADITH DAN SUNNAH
(3)
just sharing...
(8)
Karya A. Samad Said
(5)
kitab cinta
(1)
lawakgojez
(10)
liveyourlife
(1)
motivasi
(8)
MR+bookpreview
(12)
MR+product
(10)
MRcontest
(2)
MRcupid
(12)
muhasabah
(38)
MYstory
(66)
MYthought
(13)
sajak dari hati
(3)
sebabakibat
(1)
sirah buat pedoman
(4)
tegas beribadat
(3)
tips PEMUDA
(11)
wordless wednesday
(4)
Thursday, July 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
- 21 Hadis Tentang Perkahwinan - Ilmu Rumah Tangga
- badan sihat, rambut lebat...
- Vaseline Petroleum Gel...
- antara MEN ARE FROM MARS WOMEN ARE FROM VENUS & WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS
- selamat hari susu sedunia semua....
- PREVIEW BUKU: SMILE by IRMA HASMIE & ZAMRI MOHAMAD
- #cerpencerpan: bidadari
- Lelaki Avoid, Perempuan Bising: Mengapa?
- Welcome back to Batu Pahat!!!
- facial foam terbaik!
4 comments:
alamak 250. :P
means, u're really feminin...
a > 8x10=80
b > 13x5=65
c > 9x-5=-45
jumlah = 100
100? ah, kurang maskulin disitu...
hisyam, tu maskulin r... ayat tu agak berbelit2... lelaki yang maskulin dapat markah 0-180... kre ko maskulin r... kalo ko jenis yg flexible a.k.a boleh sesuaikan antara kedua- dua jantina, ko dapat 150-180.. tu je...
Post a Comment