OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Wednesday, July 20, 2011

Muslihat Iblis Menyesatkan Manusia

Dalam satu kesempatan, iblis pernah mendatangi Nabi Isa a.s. waktu itu, baginda sedang berada di pintu Baitul Maqdis.

" Wahai laknatullah, aku ingin bertanyakan beberapa perkara kepadamu!" kata Nabi Isa ketika melihat iblis menghampiri. 

"Silakan."

"Muslihat apa yang telah kamu lakukan terhadap Nabi Musa?"

"Aku membisikkan mereka supaya tertarik memeluk agama Yahudi."

"Lalu, jerat apa yang kamu akan pasang untuk menyesatkan umatku?"

"Aku memujuk mereka supaya mahu menjadikan Engkau sebagai tuhan."

"Strategi apa yang kamu terapkan untuk memperdaya umat Nabi Muhammad S.A.W?"

"Yang terakhir ini cukup sulit, aku sudah kehabisan cara. banyak cara pernah aku cuba, tetapi hasilnya selalu saja kurang memuaskan. hingga akhirnya aku menemui cara yang baru, iaitu menyebar pesona wang. Cara ini ialah untuk menjerat umat Muhammad. Mereka mudah tergoda dengan wang. aku buat mereka tergila- gila pada wang. Dengan begitu, mereka lupa akan kalimah, la ilaha illallah."


FIKIR- FIKIRKANLAH...


kisah ini diambil dari buku:

No comments: