OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Wednesday, July 20, 2011

PREVIEW BUKU: AKU TERIMA NIKAHNYA (by HASRIZAL ABDUL JAMIL)



as salam/ selamat sejahtera,
hi readers,



Hari ini aku nak berkongsi buku hasil tulisan penulis favorite aku iaitu HASRIZAL ABDUL JAMIL. Pada aku semua pembaca perlu memiliki buku ini sebagai salah satu langkah bermuhasabah diri dan mempersiapkan diri untuk berhadapan fitrah manusia iaitu perkahwinan. buku ini dioleh berdasarkan kisah hidup dan penghayatan penulis mengenai dunia rumahtangga yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Ternyata, kisah yang ditulis oleh beliau mempunyai persamaan dengan kehidupan pembaca- pembaca kalian dan kisah yang dibawakan oleh beliau ternyata REAL kerana kisah hidup beliau digabungkan dengan pengetahuan beliau yang banyak mengenai Islam begitu mengujakan. Biarpun beliau merupakan seorang ustaz yang disegani, namun, beliau sendiri mengakui terdapat kelemahan- kelemahan yang perlu di UPDATE dan DIPERBAIKI. ternyata, buku ini mewujudkan ruang antara satu sama lain untuk memperbaiki kerana tanpa kita sedari, kita culas mengenai sesutu perkara.


HASRIZAL merupakan seorang penulis yang berwibawa dan beliau hanya membawakan kisah- kisah hidup beliau sambil membawakan pemikiran beliau dalam sesuatu situasi. Ternyata buku beliau mampu memberikan satu pengalaman membaca yang unik dan penuh hikmah. pembaca bolehlah mendapatkan buku ini dipasaran dengan harga RM25 setiap satu. buku ini didatangkan dalam 3 siri iaitu AKU TERIMA NIKAHNYA, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA DAN MURABBI CINTA atau pembaca- pembaca juga boleh mendapatkan dalam edisi istimewa iaitu gabungan ketiga- tiga siri dengan harga RM55 (semenanjung) / RM57 (sabah/sarawak)

korang juga boleh lawati laman web beliau iaitu http://saifulislam.com/ untuk terus mendapatkan update dari beliau. 



No comments: