OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Tuesday, July 26, 2011

BILA TUBUH ANDA BERSUARA

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
untuk post kali ni, aku nak bawakan satu artikel mengenai signal yang diberikan tubuh anda bila anda kekurangan nutrisI...

CHECK IT OUT!!!

RAMBUT KERING, MENIPIS, MUDAH GUGUR, BERCABANG DAN MUDAH GUGUR

anda mungkin kekurangan: protein, asid lemak dan zat besi.

anda perlu ambil: dua sajian daging tanpa lemak 2x sehari, 2 biji telur seminggu, susu setiap hari, 2-3 sajian ikan & cuba makan tiram untuk menambah zat besi. anda juga boleh mengambil susu kocak & supplement tinggi protein.

KURANG DERIA RASA DAN BADAN SERING LESU

anda mungkin kekurangan: zat besi

anda perlu ambil: daging merah, tiram, kekapis, kerang, hati, bayam dan brokoli.

BIBIR DAN MULUT MENJADI KERING DAN KULIT SEKITARNYA MENJADI KERING DAN MUDAH MENGELUPAS

anda mungkin kekurangan: riboflavin ( vitamin B) dan nicotinic acid

anda perlu ambil: hati, telur kuning, susu, kekacang, bijirinm dan nasi beras perang.

MATA SERING MERAH

anda mungkin kekurangan: vitamin A dan B2

anda perlu ambil: produk tenusu, daging, buah/ sayuran bewarna oren dan hijau

MATA MENJADI KABUR TERUTAMANYA PADA WAKTU MALAM

anda mungkin kekurangan: vitamin A

anda perlu mengambil: lobak merah, minyak ikan kod, brokoli & tembikai susu.

TERASA KURANG SELERA MAKAN, BERAT BADAN TIDAK BERTAMBAH, MUDAH SAKIT DAN BADAN TERASA LEMAH, KULIT MUDAH MENDAPAT RUAM

anda mungkin kekurangan: iodin

anda perlu ambil: ikan, daging, telur, susu, ayam itik dan rumpai laut

MUDAH LETIH, BADAN LEMAH (OTOT TIDAK KUAT), RENDAH TAHAP METABOLISME, MUDAH BERLEBIHAN BERAT BADAN/GEMUK

anda mungkin kekurangan: protein

anda perlu ambil: susu 4 gelas sehari, banyakkan pengambilan ikan, ayam tanpa kulit, soya, dan produk tenusu

GINGIVAL HEMORRHAGE, KULIT MUDAH KERING DAN MUDAH SELESEMA

anda mungkin kekurangan: vitamin C

anda perlu ambil: banyakkan pengambilan sayur- sayuran & buah- buahan terutamanya sitrus

GLOSSITI, LIDAH TERASA KASAR ATAU BERLAKU EDERMA

nada mungki kekurangan: vitamin B
anda perlu ambil: daging dan sayur- sayuran. anda juga boleh mengambil supplement dengan selolaan doktor.

diambil & diubahsuai dari:


p/s: best pulak baca majalah rapi ni. even byk segmen ladies, layan je la... yg penting byk tips kesihatan... hehe ( mood: cuci mata... kih3)

1 comment:

ZORA said...

nice entri..:P