OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Tuesday, July 5, 2011

antara MEN ARE FROM MARS WOMEN ARE FROM VENUS & WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS

As salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
buat julung kalinya, seperti yang dijanjikan kepada semua pembaca setia ( chewah! ), saya bawakan artikel pertama dalam label MRcupid... jeng3

OK la... FYI, tajuk kali ni berkaitan dengan buku kitab cinta yang aku beli sempena hari jadi aku yang ke-22... so, selama aku baca kedua- dua buku ni, walaupun skip2 sebab xde banyak masa, aku nak sangat syorkan semua pembaca beli buku ini... buku ni boleh didapati di kedai2 buku berhampiran terutamanya MPH, POPULAR dan sebagainya...

FYI, buku ni dah de versi bahasa Melayu... so, aku pun belilah versi BAHASA MELAYU memandangkan inilah cara terbaik untuk memahami semua isi kandungan buku tu... xgunalah poyo2 baca versi BI kalo ko memang lembap BI... wakaka...

antara 2 buku ini, memang ada kontra... bukan pada hujah soal cinta, tapi penguraiannya...

pertama, buku MEN FROM MARS WOMEN FROM VENUS... buku ni banyak juga penguraian psikologi hubungan antara lelaki dan perempuan... malah, banyak juga tips & kes2 yang dibentangkan untuk dijadikan pengajaran... so, aku pun agak terkesan setelah membaca buku ini. sebagai contoh, mengapa perempuan minta cerai dan sebagainya... buku yang ditulis oleh JOHN GRAY ini terbukti dapat menyelamatkan rumahtangga dimana beliau dapat menyelami rumahtangga seseorang dan menyelesaikan perbalahan.. tiulah serba sedikit untuk buku ini.. harga pasaran untuk buku ni RM35.00.

ini dia sinopsis dalam portal PTS:
"Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan. Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan."

kedua, WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS...
buku ni memang ada kelainan dari buku diatas sebab buku ni banyak menguraikan psikologi antara lelaki dan perempuan dari segi sains biologi dan kepada kejian tentang fitrah manusia... buku ni xde la membosankan seperti buku biologi kat  library... tapi sangat mengujakan sebab sangat saintfik dan masuk akal... so, dalam pemerhatian aku, memang aku akan syorkan semua orang memilikinya sebab, buku ini umpama satu penemuan yang sangat hebat dalam menerangkan tentang sifat & psikologi manusia... hmm, tapi biasalah, dalam penulisan seseorang mempunyai percanggahan, sometimes dari segi fahaman keagamaan... so, de juga la pandangan dan kajian dalam buku ni terutamanya dalam bab HOMOSEKSUAL yang bercanggah sedikit dengan Islam...so, untuk maklumat lanjut, silalah beli buku hasil tulisan Barbara & Allan Pease dengan harga RM25.00 dalam versi BAHASA MELAYU di kedai2 buku berdekatan...

dan ini pula sinopsis buku ni:

"Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

Mengapa lelaki mendengar seperti patung
Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian
Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta
Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan
Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri
Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja
Mengapa lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar
Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa
Mengapa lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik

Buku Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan."
AMARAN!
buku2 ni MUNGKIN ade bertentangan sedikit dengan norma budaya kita... so, pandai2 la kita tapisnya mengikut fahaman Islam ya! biasalah, bila yang menulisnya pun bukan dalam kalangan muslin.. sedangkan yang muslim pun kadang2 tulis cam haram gak.. hahaha...

p/s: kalau nak bercinta / berkahwin, xkan lengkap & bahagia tanpa ilmu yang luas tentang diri dan pasangan anda... inilah pelaburan kecil yang akan membuatkan diri anda lebih bahagia... insyaAllah. rupanya banyak rahsia tentang manusia yang kita xketahui... masyaALLAH...

5 comments:

Unknown said...

wahh bab perkahwinan ke ni :D ... .

Unknown said...

adalah sikit2... tp, yg lbh penting buku2 ni meliputi kemanusiaan sejagat.. amek ko ayat bombastik aku.. hahaha

Unknown said...

ayat skema tapew,my pleasure :p. ..hehe. .

:dlu2 mse form5 ,aku paling suka pp islam bahagian bab perkahwinan. ...memg terbaik lah,teruss jeww masuk dalm otak

Unknown said...

hang tu dah gatal sgt... baik kawen je... hahaha... gatal2 pun igt senang ke kawen tu??? bukan mudah jadi org dewasa... where there is no time to play... such a rat race... huuhuhu...

Unknown said...

alaaaaaaaaa..yelaaaaaaa :3 ..huh3 da nk oout ni