OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Friday, July 29, 2011

IBARAT MANUAL RAMADHAN

as salam/ selamat sejahtera semua,
OK, sebenarnya ini merupakan salah satu ruangan preview buku... namun, apakan daya, ruangan kali ni memuatkan 2 buku/majalah yang barangkali perlu dalam koleksi para pembaca sekalian.

gimik, IBARAT MANUAL RAMADHAN bukanlah suatu gurauan atau bahan mainan dari aku.

OK la...inilah yang aku ingin kongsikan kepada para pembaca sekalian:

NASIHAT RAMADHAN DARIPADA ORANG- ORANG SOLEH
sebenarnya buku ini dah lama diterbitkan... kalau x silap aku penghujung tahun 2009. itu menurut tarikh pada ruangan kata pengantar.

pada pengamatan aku, buku ini cukup istimewa. dari susunan kata sehinggalah isi dalam buku ini. cukup indah. cukup padat. penulis, SULTHAN HADI nampaknya cukup mahir dalam penggunaan kata serta dalam pengetahuan menerusi penulisannya. buat pertama kali, aku membeli buku ini walaupun ada terperasan buku ini sudah lama wujud. namun, barangkali dah terbuka hati, sekali lihat cover book, terus terpukau, lantas tangan gatal p buka pembalut buku tu... hahaha... namun, kerana hati memberontak ingin mencari aspirasi ramadhan, akhirnya bertemu buku yang pada aku IBARAT MANUAL RAMADHAN...  buku ini memuatkan pelbagai input yang berguna untuk pembacanya. dan yang lebih penting, menerusi tajuknya yang jelas, ia memuatkan pelbagai nasihat berguna untuk pembaca.

barangkali saudara/ saudari bolehlah mendapatkannya di pasaran dengan harga RM17.00 sebelum diskaun.


majalah solusi edisi 34, merupakan EDISI ISTIMEWA RAMADHAN, sangat istimewa. berharga RM11.00, terasa pelaburan tidak sia-sia. terasa majalah solusi kali ini membawakan suatu isu yang menarik.

FYI, kebelakangan ini, aku tak berapa berminat untuk membaca majalah. namun, terasa hati tergerak untuk membeli majalah solusi kali ini, rupa- rupanya tidak terasa rugi membeli majalah ini.

IBARAT MANUAL RAMADHAN, ya! SOLUSI 34 tidak menghampakan. majalah kali ini memuatkan pelbagai nasihat, dari yang panjang berjela, kepada ringkas dan beranimasi. terasa ramadhan kali ini menarik. majalah ini juga turut memuatkan pelbagai idea untuk mengisi ramadhan serta turut memuatkan jadual dan checklist untuk pemilik buku ini. terasa excited pula untuk memulakan ramadhan kali ini.

so, kepada para muslimin/ muslimah, dapatkanlah buku & majalah di atas... diharapkan perkongsian ini mendapat barakah dari ILLAHI dan bermanfaat untuk semua. INSYAALLAH

1 comment:

ZORA said...

salam ramadhan...:)